Tarikh : 19 Mei 2010
Masa : 11.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : SMT Kuala Klawang
Pegawai yang hadir :
Pn. Sri Rahayu Haryani bt Abd Ghafar - Juruteknik Komputer PKG Kuala Klawang
En. Sabri b. Md Zin - (Guru Penyelaras ICT SMT Kuala Klawang)
En. Mohamad Faizal bin Mohamed Zabidi - (Juruteknik Komputer SMT Kuala Klawang)
Objektif :
Memantau Pengujian Penerimaan Pengguna UAT terhadap kerja-kerja menaiktaraf rangkaian sekolah, yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor CNN System (M) Sdn. Bhd. di SMT Kuala Klawang. Pegawai daripada CNN System yang terbabit di dalam Ujian Penerimaan Pengguna (UAT) ini ialah En. Hassan bin Zubir. Hasil daripada pemantauan tersebut didapati bahawa terdapat pelbagai masalah ditemui. Masalah-masalah ini telah dikenalpasti dan disenaraikan oleh pihak sekolah, pihak kontraktor dan pihak PKG sendiri. Keputusan untuk tidak meluluskan pemasangan rangkaian setempat ini telah dipersetujui oleh ketiga-tiga pihak sehingga semua masalah yang disenaraikan dapat diselesaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan