Untuk Makluman pihak sekolah dan pentadbir Frog VLE sekolah,
- Garis panduan untuk penukaran kata laluan YES Dongle ID telah diedarkan melalui surat kepada semua JPN dan salinan kepada BTPN dengan no. rujukan KP(BTP-PENT)S/8800/50/25-10 Jld2(1) bertarikh 22 Ogos 2014.
- Pelaksanaan penukaran kata laluan Dongle ID telah bermula 9 September 2014 dan telah dimaklumkan melalui emel kepada semua sekolah melalui ID emel sekolah (schoolcode@1bestarinet.yes.my) dan ID Pentadbir Frog VLE Sekolah (vleadmin.schoolcode@yes.my).
- Pentadbir Frog VLE sekolah perlu memaklumkan kepada semua pengguna dongle sekolah berkenaan kata laluan baharu untuk Dongle ID dan tujuan penukaran kata laluan adalah untuk memastikan keselamatan penggunaan Dongle ID.
- Sekiranya Pentadbir Frog VLE sekolah menghadapi masalah penukaran kata laluan dongle ID, boleh menghubungi Meja Bantuan 1BestariNet di talian 018-7998787 atau emel ke moesupport@ytlcomms.my.
Sekian, terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan