PERINGATAN MESRA

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016.
SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PUSAT KEGIATAN GURU KUALA KLAWANG

PROGRAM PKG TERKINI 2016

PKG KUALA KLAWANG MEMBUAT KHIDMAT BANTU MAKMAL KOMPUTER DI SK KUALA KLAWANG PADA 16 MEI 2016.MASA :8.30 PAGI-5.00 PETANG. PEGAWAI TERLIBAT : PN ZARATON AKMAR BINTI ABDUL AZIZ, PN SURIYATI BT ABD MAJID, PN AZIAN - PTP PKG LUI DAN PN SRI RAHAYU HARYANI BT ABD GHAFAR SERTA AJK PSS DAN AJK MAKMAL KOMPUTER SK KUALA KLAWANG. SEKIAN TERIMA KASIH.

Sejarah Susur Galur PKG



Dari segi sejarah, penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan(PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981, PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah(PMD), iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pada tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah(PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan pengajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai ajen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan (teknopen).
Seterusnya pada tahun 1990, nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru(PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah 'Daerah', memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut. Pada tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.

Berasaskan pekeliling KP (PP) 0050/126/1 Jld.7 (23) bertarikh 30/10/1995, mulai 1/1/1996, PKG diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan PSPN, sementara PSPN pula diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tiada ulasan: