PERINGATAN MESRA

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016.
SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PUSAT KEGIATAN GURU KUALA KLAWANG

PROGRAM PKG TERKINI 2016

PKG KUALA KLAWANG MEMBUAT KHIDMAT BANTU MAKMAL KOMPUTER DI SK KUALA KLAWANG PADA 16 MEI 2016.MASA :8.30 PAGI-5.00 PETANG. PEGAWAI TERLIBAT : PN ZARATON AKMAR BINTI ABDUL AZIZ, PN SURIYATI BT ABD MAJID, PN AZIAN - PTP PKG LUI DAN PN SRI RAHAYU HARYANI BT ABD GHAFAR SERTA AJK PSS DAN AJK MAKMAL KOMPUTER SK KUALA KLAWANG. SEKIAN TERIMA KASIH.

Pengenalan



Pusat Kegiatan Guru Kuala Klawang merupakan sebuah organisasi di bawah pengurusan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan yang terletak di KM14, Telok Kemang, Port Dickson. Pusat Kegiatan Guru Kuala Klawang dibina pada tahun 90an oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai satu pusat perhimpunan para guru sekolah serta perlaksanaan program dan aktiviti bersama para guru sekolah di Daerah Jelebu ini. Bangunan PKG dibina di dalam kawasan SK Undang Jelebu adalah bertujuan untuk memberi pendekatan yang lebih erat dengan sekolah ahli disamping mengeratkan perhubungan PKG dan sekolah.

Pusat Kegiatan Guru Kuala Klawang terletak di dalam Daerah Jelebu di Bandar Kuala Klawang. Terdapat beberapa peringkat pengurusan daripada tahun 90an hingga sekarang. Pegawai Teknologi Pendidikan terawal adalah Tn Hj Ismail bin Ibrahim yang begitu berkaliber dan aktif menjalankan program bersama guru sekolah. 

Jarak Pusat Kegiatan Guru Kuala Klawang dengan Bandaraya Seremban ialah 34KM dan 72KM dengan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan. Sekolah ahli PKG Kuala Klawang adalah sebanyak 17 buah sekolah dimana melibatkan 12 sekolah SK dan SJKC dan 5 buah sekolah SMK.