PERINGATAN MESRA

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016.
SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PUSAT KEGIATAN GURU KUALA KLAWANG

PROGRAM PKG TERKINI 2016

PKG KUALA KLAWANG MEMBUAT KHIDMAT BANTU MAKMAL KOMPUTER DI SK KUALA KLAWANG PADA 16 MEI 2016.MASA :8.30 PAGI-5.00 PETANG. PEGAWAI TERLIBAT : PN ZARATON AKMAR BINTI ABDUL AZIZ, PN SURIYATI BT ABD MAJID, PN AZIAN - PTP PKG LUI DAN PN SRI RAHAYU HARYANI BT ABD GHAFAR SERTA AJK PSS DAN AJK MAKMAL KOMPUTER SK KUALA KLAWANG. SEKIAN TERIMA KASIH.

UNIT PSS & PuAS

Unit PSS PKG Kuala Klawang merupakan satu unit penting kerana PKG Kuala Klawang perlu mengurus, membantu serta memantau perlaksanaan Pusat Sumber Sekolah, Pusat Akses Sekolah dan MBMMBI di semua sekolah ahli PKG Kuala Klawang. Selain itu PKG Kuala Klawang turut membantu pihak sekolah menguruskan pengisian data PSS dan Nilam secara online iaitu SSQS, i-NILAM, IQ-PSS dan PS-Sentral

Pusat Sumber Sekolah Ahli PKG terdiri daripada 17 buah Pusat Sumber Sekolah yang diuruskan oleh 17 orang Guru GPM Sekolah yang telah dilantik oleh pentadbir sekolah.

Pusat Sumber Sekolah menyediakan dua jenis peminjaman iaitu :

Bahan buku: Biasanya digunakan sistem Brown, yakni menggunakan kad yang mempunyai butiran peminjam dan tarikh pemulangan. Dalam pada itu harus ditentukan peraturan bagi :   
 * Pinjaman biasa.    * Pinjaman buku -buku khas.    * Pinjaman berkelompok ( bulk - loan )
Bahan bukan buku : Perlu ada satu sistem pinjaman yang mudah tetapi sistematik untuk pinjaman alatan. Disamping itu perlu juga disediakan satu sistem pinjaman yang mudah untuk bahan - bahan bukan buku.



Pusat Akses Sekolah Ahli PKG Kuala Klawang terdiri daripada 6 buah sekolah iaitu :

PUSAT AKSES SEKOLAH KEBANGSAAN : 
  1.   SK KUALA KLAWANG
  2.   SK UNDANG JELEBU
  3.   SK DATUK UNDANG ABDULLAH

PUSAT AKSES SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN / KOLEJ VOKASIONAL : 
  1. SMK DATO' UNDANG MUSA AL-HAJ
  2. KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANG
  3. SMK UNDANG JELEBU



MBMMBI merupakan satu Program untuk Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris di semua sekolah di Malaysia. Pada Tahun 2014 telah diedarkan beberapa buah CD digital MBMMBI ke semua sekolah ahli PKG Kuala Klawang untuk digunakan oleh guru matapelajaran BM dan BI semasa sesi PnP pada tahun 2015. Mohon agar semua sekolah melaksanakan program khas daripada KPM ini.





Tiada ulasan: