Masa : 9.00 pagi
Tempat : PKG Kuala Klawang
Kehadiran : En. Mat Azlan bin Budin - Penolong Pengarah Pendidikan BTPNNS
Tn. Hj. Maarof bin Mat Rashad- Wakil Penolong PPD Daerah Jelebu
En. Noor Azmi bin Yusof - Pegawai Teknologi Pendidikan PKG K. Klawang
Guru Besar SK & SJK(C) & wakil sekolah ahli PKG Kuala Klawang
Pengetua SMK, SMRA & SMT & wakil sekolah ahli PKG Kuala Klawang
Tn. Hj Ismail bin Ibrahim - mantan Pegawai BTPNNS
Pn.Sri Rahayu Haryani bt Abd Ghafar - FT17 PKG Kuala Klawang
Pn. Sy. Nordewiyana bt Syed Loed - PT PKG Kuala Klawang
CATATAN :
Mesyuarat ini diadakan sekali setahun untuk memantapkan lagi sistem pengurusan diantara BTPNNS, PPD, PKG dan sekolah-sekolah ahli sekitar Kuala Klawang ini. Selain itu untuk mengeratkan tali persahabatan diantara satu sama lain, mesyuarat ini diadakan untuk memaklumkan program-program dan info terkini yang terdapat di BTPNNS dan PKG agar pihak sekolah dapat membuat tindakan seterusnya. Pihak sekolah juga memberi pendapat dan memaklumkan pemasalahan dan info terkini di sekolah masing-masing sebagai laporan kepada pihak atasan seperti BTPNNS. Kerjasama yang kuat dan utuh daripada pihak sekolah di PKG Kuala Klawang turut melancarkan perjalanan urusan diantara kedua-dua pihak. PKG Kuala Klawang amat berbangga dan akan berusaha untuk membantu sekolah-sekolah ahli agar lebih cemerlang di masa akan datang.
Selain itu, PKG juga turut menjemput mantan Pegawai BTPNNS iaitu Tn. Hj. Ismail bin Ibrahim hadir sebagai tanda meraikan pesaraan beliau pada 2 bulan lepas. Beliau telah memberi banyak jasa dan kerjasama kepada PKG Kuala Klawang semasa beliau sedang berkhidmat dahulu. Terima kasih Tn. Hj. Ismail bin Ibrahim. Jasamu tetap kami kenang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan