Tempat : Balai Sidang Bestari, PKG Kuala Klawang
Masa : 2.00 ptg - 5.00 ptg
Sasaran : Guru Besar dan Pengetua Sekolah Ahli PKG Kuala Klawang (17 buah sekolah)
Pegawai Jemputan 1 : Tuan Abdullah bin Yussof - KPP BTPNNS
Pegawai Jemputan 2 : Encik Mohammad Akmal bin Abd Razak - PTP BTPNNS
Pegawai Terlibat : Puan Zaraton Akmar bt Abdul Aziz - PTP PKG Kuala Klawang
Urusetia 1 : Puan Syarifah Nordewiyana bt Syed Loed - PT PKG Kuala Klawang
Urusetia 2 : Puan Sri Rahayu Haryani bt Abd Ghafar - JTK PKG Kuala Klawang
4 Februari - Pusat Kegiatan Guru Kuala Klawang telah berjaya melaksanakan satu Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti (JKPA) bertempat di PKG Kuala Klawang. Mesyuarat ini dilaksanakan untuk mengeratkan silaturrahim antara PKG Kuala Klawang dan sekolah ahli selain menyalurkan maklumat terkini dan membincangkan urusan pentadbiran dan pengurusan di BTPNNS, PKG dan sekolah.
Tuan Abdullah bin Yussof selaku KPP BTPNNS telah berbesar hati untuk menghadiri mesyuarat ini. Ini telah memberi kami suntikan semangat untuk terus berjaya di tahun 2015 ini. Pelbagai isu, maklumat dan cadangan dikemuka di dalam mesyuarat ini. Semuanya telah dijawab dan akan dipertimbangkan oleh Tuan Abdullah bin Yussof, KPP BTPNNS selaku penasihat mesyuarat.
Tahniah kepada Encik Norazman bin Mohd Amin, Pengetua SMK Dato' Undang Syed Ali Al-Jufri kerana telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Kuala Klawang sessi 2015-2016. Semoga beliau dapat menaikkan kegemilangan prestasi pengurusan PKG Kuala Klawang agar lebih cemerlang dan gemilang.