PERINGATAN MESRA

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016.
SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PUSAT KEGIATAN GURU KUALA KLAWANG

PROGRAM PKG TERKINI 2016

PKG KUALA KLAWANG MEMBUAT KHIDMAT BANTU MAKMAL KOMPUTER DI SK KUALA KLAWANG PADA 16 MEI 2016.MASA :8.30 PAGI-5.00 PETANG. PEGAWAI TERLIBAT : PN ZARATON AKMAR BINTI ABDUL AZIZ, PN SURIYATI BT ABD MAJID, PN AZIAN - PTP PKG LUI DAN PN SRI RAHAYU HARYANI BT ABD GHAFAR SERTA AJK PSS DAN AJK MAKMAL KOMPUTER SK KUALA KLAWANG. SEKIAN TERIMA KASIH.

PROGRAM LITERASI MAKLUMAT KM1M 2015 DI PERPUSTAKAAN AWAM CAWANGAN JELEBU

22 - 23 April - PKG Daerah Jempol dan Jelebu dengan kerjasama Perpustakaan Awam Cawangan Jelebu telah menganjurkan satu program Literasi Maklumat sempena KM1M Tahun 2015 di Perpustakaan Awam Cawangan Jelebu untuk pelajar-pelajar SMK Dato' Undang Musa Al-Haj. Seramai 41 orang pelajar Tingkatan 2 sekolah ini telah menyertai program Literasi Maklumat ini yang menghimpunkan banyak aktiviti berfaedah dan menarik. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti Resensi Buku bersama penulis Abd Latip Talib, Bicara Buku, Literasi Era Digital, Pengurusan Bahan Bukan Cetak, Pengurusan Bahan Cetak dan Jejak Maklumat. Perpustakaan Awam Cawangan Jelebu turut membuat pelancaran serentak membaca 10 minit bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 10.10 pagi. Semua peserta termasuk ibubapa dan staf PKG Daerah Jempol dan Jelebu turut menyertai program tersebut. Kemeriahan program Literasi Maklumat ini telah mendapat maklum balas yang sangat baik dan positif daripada semua peserta dan mereka turut mencadangkan agar program ini diadakan lagi. Program ini juga turut menjalinkan serta mengeratkan kerjasama di antara PKG Daerah Jempol dan Jelebu, Perpustakaan Awam Daerah Jelebu dan SMK Dato' Undang Musa Al-Haj.



















Tiada ulasan: