PERINGATAN MESRA

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016.
SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PUSAT KEGIATAN GURU KUALA KLAWANG

PROGRAM PKG TERKINI 2016

PKG KUALA KLAWANG MEMBUAT KHIDMAT BANTU MAKMAL KOMPUTER DI SK KUALA KLAWANG PADA 16 MEI 2016.MASA :8.30 PAGI-5.00 PETANG. PEGAWAI TERLIBAT : PN ZARATON AKMAR BINTI ABDUL AZIZ, PN SURIYATI BT ABD MAJID, PN AZIAN - PTP PKG LUI DAN PN SRI RAHAYU HARYANI BT ABD GHAFAR SERTA AJK PSS DAN AJK MAKMAL KOMPUTER SK KUALA KLAWANG. SEKIAN TERIMA KASIH.

KHIDMAT BANTU ICT JURUTEKNIK KOMPUTER FT17





Tarikh : 13 April 2010 (Selasa)

Tempat : SJKC Kg Baru Petaling

Pegawai bertugas :

- Pn. Sri Rahayu Haryani bt Abd Ghafar (FT17 PKG K.Klawang)

- En. Mohd Syukri b. Anua (FT17 SK Kuala Klawang)


Tujuan :

Khidmat bantu ICT ini diadakan adalah untuk membantu pihak sekolah menyelesaikan masalah internet yang tidak berfungsi di makmal komputer setelah kami mendapat aduan daripada Guru Penyelaras ICT, iaitu Cik Pan Li Ming ketika kami membuat pemantauan ICT di sekolah tersebut tempohari. Masalah untuk mendapatkan capaian internet ini kerap terganggu dan telah mendapat perhatian daripada pihak GITN sendiri. Dengan kerjasama dan bantuan daripada En. Mohd Syukri b. Anua, kami dapati terdapat beberapa pemasangan kabel di dalam server dan switch tidak bersambung dengan baik dan terdapat 2 buah switch socket outlet telah rosak. Kami telah meminta Cik Pang Li Ming menghubungi pihak GITN untuk memeriksa semula pemasangan kabel tersebut dan memohon agar pihak sekolah membuat penggantian semula 2 buah switch socket outlet yang rosak tersebut.


Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah terutama Guru Besar SJKC Kg Baru Petaling sendiri iaitu En. Sik Ming Lam kerana memberi kerjasama dan kepercayaan kepada pihak kami untuk menjalankan khidmat bantu tersebut.

Tiada ulasan: