OBJEKTIF LAWATAN DAN PEMANTAUAN
Pusat Kegiatan Guru Kuala Klawang akan mengadakan lawatan dan pemantauan PSS, NILAM & ICT ke sekolah-sekolah ahli kami seperti mengikut jadual lawatan yang telah difakskan ke sekolah ahli kami. Lawatan ini bermula daripada tarikh 23 Mac 2010 hingga 6 April 2010 dan
tertakluk kepada pindaan.
Tujuan lawatan dan pemantauan ini adalah untuk memastikan Pusat Sumber Sekolah dan Makmal Komputer & Pusat Akses sekolah berfungsi dan diuruskan dengan sebaik mungkin. Selain itu, kami juga dikehendaki memberi khidmat bantu seperti nasihat dan kemahiran kepada sekolah jika terdapat Guru GPM, Guru ICT dan Guru PSS menghadapi masalah semasa menguruskan Pusat Sumber Sekolah, Program NILAM dan ICT. Kami juga berharap dengan lawatan ini dapat mengeratkan tali silaturrahim diantara kakitangan PKG dan sekolah ahli. Dengan ini semua maklumat dapat disampaikan dengan telus dan terus kepada sekolah ahli kami. Segala kerjasama daripada pihak sekolah kami ucapan ribuan terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan