PERINGATAN MESRA

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016.
SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PUSAT KEGIATAN GURU KUALA KLAWANG

PROGRAM PKG TERKINI 2016

PKG KUALA KLAWANG MEMBUAT KHIDMAT BANTU MAKMAL KOMPUTER DI SK KUALA KLAWANG PADA 16 MEI 2016.MASA :8.30 PAGI-5.00 PETANG. PEGAWAI TERLIBAT : PN ZARATON AKMAR BINTI ABDUL AZIZ, PN SURIYATI BT ABD MAJID, PN AZIAN - PTP PKG LUI DAN PN SRI RAHAYU HARYANI BT ABD GHAFAR SERTA AJK PSS DAN AJK MAKMAL KOMPUTER SK KUALA KLAWANG. SEKIAN TERIMA KASIH.

LAWATAN TAPAK KM1M DI PERPUSTAKAAN AWAM CAWANGAN JELEBU, KUALA KLAWANG

9 April - Satu lawatan ke Perpustakaan Awam Cawangan Jelebu telah diadakan oleh Pegawai dan Kakitangan PKG Daerah Jempol dan Jelebu  untuk melihat serta mengenalpasti kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan Awam Cawangan Jelebu kepada masyarakat. Objektif utama lawatan pula untuk membuat jalinan kerjasama diantara PKG Jempol dan Jelebu dengan Perpustakaan Awam Cawangan Jelebu dalam melaksanakan program-program ilmuan kepada para pelajar dan guru sekolah. Hasil daripada lawatan tersebut telah memberi satu kerjasama yang erat bersama diantara kedua-dua pihak untuk melaksanakan aktiviti pada masa depan. 

Pelbagai jenis buku dan majalah terdapat di Perpustakaan Awam Cawangan Jelebu ini. Proses peminjaman buku turut diberikan apabila seseorang itu mendaftar untuk menjadi ahli di perpustakaan ini. Pendaftaran keahlian perpustakaan adalah percuma dan jangka masa keahlian adalah selama setahun. Selepas setahun mereka perlu mendaftar semula dan akan menerima kad ahli yang baru. Marilah membaca di Perpustakaan Awam Cawangan Jelebu.





















































































Tiada ulasan: