8 April - Satu mesyuarat penyelarasan jawatankuasa program KM1M telah diadakan di SMK Dato' Undang Musa Al-Haj. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Noor Lailawati binti Noordin, GPK1 SMK Dato' Undang Musa Al-Haj. Peserta mesyuarat yang turut menyertai mesyuarat ini ialah Pegawai JPNS, pegawai-pegawai BTPNSS, pegawai PPD Daerah Jempol dan Jelebu, pegawai Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, pegawai Perpustakaan Awam Cawangan Jelebu, pentadbir dan guru-guru SMK Dato' Undang Musa Al-Haj, pegawai-pegawai PKG Daerah Jempol dan Jelebu dan kakitangan PKG Daerah Jempol dan Jelebu. Mesyuarat ini diadakan untuk menerangkan perjalanan aturcara dan tugas-tugas urusetia yang terlibat untuk program tersebut. Tarikh pelancaran program tersebut ialah pada 21 April 2015.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan