10 April - Satu taklimat dan bengkel pembinaan modul asas e-BOOK telah diadakan di PKG Batu Kikir. Peserta yang terlibat terdiri daripada Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Daerah Jempol dan Jelebu serta Juruteknik Komputer PKG Daerah Jempol dan Jelebu.
Tujuan taklimat dan bengkel ini diadakan adalah untuk merancang dan membina satu bahan rujukan iaitu modul asas e-book, Camtasia dan "Learning Site" untuk Frog VLE. Hasil daripada taklimat dan bengkel ini telah ialah satu modul pembinaan "Learning Site FROG VLE" yang dijadikan video dengan menggunakan Camtasia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan